Oleh Wan Mohd Hujjatullah Ghazali
Pendahuluan
Pendidikan akidah merupakan asas
kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan
Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya
tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang
diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan
jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang
mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke
seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan
ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian
juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan
ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat
penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan
agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran
dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang
berkembang dengan begitu pesat sekali.
1.0 Matlamat dan Objektif Pendidikan
Akidah
1.1 Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan akidah
Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt
sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh
Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4)
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya
mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal
perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan
pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam
keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.
1.2 Melahirkan manusia yang patuh
dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik
manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt.
1.3 Membentuk keperibadian insan
Sebagaimana acuan dapat membentuk
dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan
mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan
yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan
akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan
perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai
akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau
gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai
khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah
Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap,
syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang
kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang
teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan
keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala
hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alma semesta dan hakikat kemanusiaan
serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan akidah inilah
yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat
Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada
kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam
kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh
akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa.
Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan
kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup membelanjakan
hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki
melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan
nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan
oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah yang mantap.
2.0 Definisi Akidah
Perkataan akidah berasal dari
perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan.
Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan
akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah
iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi
istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat
dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah
menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti
dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu
beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan
perkara-perkara ghaibiyyat.
3.2 Hakikat Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah
ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan
unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang
merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan
dengan perbuatan. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan
beramal dengan anggota".
(al-Hadis)
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan peranan
hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri dan Allah
swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak
pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya
iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai
dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
Firman Allah swt lagi yang
bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang
beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka terasa gerunlah hati mereka dan
apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt, bertambahlah iman mereka dan
kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat, membelanjakan
daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya".(al-Anfal : 2-4)
Perkara yang menjadi asas atau pokok
keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam
perkara :
- Pertama : Beriman kepada Allah swt.
- Kedua : Beriman kepada Malaikat.
- Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.
- Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.
- Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.
- Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah
saw dalam hadisnya yang bermaksud :
"Iman itu bahawa kamu
mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari
kumudian dan kamu beriman kepada takdir baik dan buruknya".
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
3.3 Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu
(i) dengan kepercayaan dan pegangan
hati yang dinamakan Iman (akidah) dan
(ii) melalui sifat-sifat lahiriah
iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) dinamakan Islam. Nabi Muhammad
saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal
sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Iman terbahagi lebih enam puluh
bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah"
dan yang paling rendah ialah membunag benda-benda yang boleh menyakitkan orang
di jalan".
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini
Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan.
Islam umpama pohon sementara Iman umpama akar sesepohon kayu. Kesuburan dan
kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun,
ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini
kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang
bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
Hadis di atas menjelaskan betapa
adanya hubungan yang erat di antara iman dan Islam di mana Islam itu menjadi
salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula dilahirkan melalui Islam secara
amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan hukum syariat dalam segala
amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan menunaikan fardhu sedangkan
hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam
Allah swt maka seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan
Islam sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah orang-orang Badwi di zaman
Rasulullah saw.
Firman Allah swt yang bermaksud
"Orang Arab berkata : Kami
telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu belum beriman (janganlah
berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati
kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam". (al-Hujurat : 14)
Kesimpulannya Iman itu melambangkan
sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu
iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama
akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada
Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan
seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya.
3.4 Konsep Ihsan dan Hubungannya
dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik
dan tekun. Dari segi syara" bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan
ibadat dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa,
Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran menerangkan dengan meluas
ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan).
Antaranya firman Allah swt yang
bermaksud :
"Jika kamu berbuat
kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika
kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu
juga". (al-Isra" : 7)
Kedudukan Ihsan adalah tinggi di
sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu
dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran menerangkan bahawa Ihsan wajib
menjadi tabiat manusia. Allah swt telah memberi ni"mat kepada manusia
dengan IhsanNya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni"mat ini kepada
makhluk.
Firman allah swt yang bermaksud :
"Dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)
(al-Qasas : 77)
Seseorang yang melakukan Ihsan akan
merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain dan orang yang menerima
Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan memberi
kebahagiaan jiwa. Mereka yang membuat keburukan tidak akan mendapat ketenangan
hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan
sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
Al-Quran mengangkat martabat Ihsan
dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut disertakan dengan ikhlas kepada
Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat yang paling tinggi dan mulia
yang patut ada pada diri setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman itu umpama
akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah yang baik. Demikianlah
hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan.
3.5 Peringkat-peringkat Iman
Iman itu boleh bertambah dan
berkurang. Malah Iman seseorang boleh dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa
bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada Iman yang tidak bertambah atau
berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang bertambah dan
ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang mukmin. Terdapat juga jenis
Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang
yang fasik lagi jahat.
Iman terbahagi kepada lima
peringkat:
- Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.
- Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
- Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
- Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.
3.6 Rukun Iman
Perkara yang menjadi asas atau pokok
keimanan dalam Islam dikenali sebagai rukun-rukun Iman ialah enam perkara
sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Rasulullah telah beriman
kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang
beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya". (al-Baqarah : 285)
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya,
Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan buruk".
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
3.6.1 Beriman kepada Allah swt
Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt. Seseorang itu hendaklah beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat yang sumpurna dan sesuai dengan ketuhananNya. Mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan harus bagi Allah swt melakukan semua perkara atau meninggalkannya.
Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt. Seseorang itu hendaklah beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat yang sumpurna dan sesuai dengan ketuhananNya. Mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan harus bagi Allah swt melakukan semua perkara atau meninggalkannya.
Iman dan tauhid kepada Allah swt
tegak di atas dua asas iaitu
Tauhid
Rububiyyah
Tauhid
Rububiyyah bermaksud mengimani dan yakin bahawa Allah swt sahaja Tuhan yang
mencipta alam ini. Mentauhidkan Allah swt sebagai pencipta, pengurus,
pentadbir, pengatur, pemerintah, pendidik, pemelihara dan pengasuh sekelian
alam. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid Uluhiyah ini.
Antaranya firman Allah yang bermaksud:
|
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللّهَ خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِالْحقِّ إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ
جَدِيدٍ
|
"Tidakkah
engkau perhatikan bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi dengan
sebenarnya". Jika ia mengkehendaki, kamu dimusnahkanNya dan digantiNya
dengan makhluk yang baru". (Ibrahim 14 : 19)
Firman
Allah swt lagi yang bermaksud:
|
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ
عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ
وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء
فَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ
|
"Dia
menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia mengadakan gunung-ganang
di muka bumi supaya jangan ia bergoyang-goyang bersama kamu dan Dia menyebarkan
di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami turunkan air hujan dari langit lalu
Kami tumbuhkan di muka bumi bermacam-macam tumbuhan yang baik".
(Luqman 31:10)
(Luqman 31:10)
Dalam
beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orang-orang kafir juga
percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku bahawa Allah swt adalah
pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:
|
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ
خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
|
"Dan
jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir yang menyembah berhala itu)
siapa yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah swt! maka
bagaimanakah mereka dapat dipalingkan".(al-Zukhruf : 87)
Maksud
firman Allah swt lagi:
|
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ
مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا
لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
|
"Dan
jika kamu menanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air dari langit
lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya". Tentulah mereka
akan menjawab : Allah swt".(al-Ankabut : 63)
Tauhid
Uluhiyyah
Beriman
kepada Uluhiyyah Allah swt bermaksud yakin bahawa Allah swt sahaja Tuhan yang
patut disembah, dipohon segala doa, dipatuhi, dicintai, ditakuti, dan tawakkal
kepadaNya. Seterusnya mnerima segala hukumNya dengan yakin dan redha.
Ringkasnya Tauhid Uluhiyyah ini menuntut seseorang meyakini kemutlakan
kekuasaan Allah swt yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk sama ada dari
segi sembahan atau memohon segala doa dan hajat. Keyakinan ini menetapkan
bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkah menentukan hukum dan peraturan bagi
seluruh makhluk di alam ini. Di antara ayat al-Quran yang membicarakan
tentang Uluhiyyah Allah swt adalah seperti berikut. Firman Allah swt yang
bermaksud:
|
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ
نَسْتَعِينُ
|
|
"Hanya
Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan"
(al-Fatihah : 5) |
Firman
Allah lagi yang bermaksud:
|
|
|
"Katakanlah
(wahai Muhammad) Dialah Allah swt yang Maha Esa. Allah swt tempat meminta
(tumpuan). Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun
yang meneyrupaiNya".
(al-Ikhlas : 1-4) |
Firman
Allah swt lagi yang bermaksud:
"Engkaulah yang memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam. Engkau juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau jugalah yang memberi rezki kepada sesiapa yang dikehendaki dengan tiada hitungan hisab".
(Al-Imran : 27)
"Engkaulah yang memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam. Engkau juga mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau jugalah yang memberi rezki kepada sesiapa yang dikehendaki dengan tiada hitungan hisab".
(Al-Imran : 27)
|
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ
وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ
وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
|
Sesungguhnya
kebanyakan manusia sejak dahulu hingga kini mengakui Tauhid Rububiyyah Allah
swt dengan mengakui bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi serta sekelian
alam ini. Tetapi mereka ingkar secara perkataan dan perbuatan terhadap
Uluhiyyah Allah swt seperti beribadat kepada yang lain dari Allah swt serta
tidak melaksanakan syariat dan hukum Allah swt dalam kehidupan ini. Keselarasan
di antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah adalah penting untuk
memastikan keimanan yang sejati terhadap Allah swt. Ini adalah kerana Tauhid
Rububiyyah adalah adalah merupakan pengakuan bahawa Allah swt adalah sumber
cipta. Sementara Tauhid Uluhiyyah ialah suatu pengakuan bahawa Allah swt adalah
Tuhan yang wajib disembah dan tempat tumpuan sekelian makhluk.
3.6.2 Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada malaikat bermaksud
percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Jumlah
malaikat hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Di antara ciri-ciri malaikat
yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:
- Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.
- Diciptakan dari nur.
- Tidak mempunyai hawa nafsu.
- Tidak makan dan minum
- Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.
- Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).
- Malakikat mempunyai sayap.
- Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.
Malaikat merupakan makluk yang tidak
dapat dikesani dengan penyelidikan dan pemikiran tentang kewujudannya. Kita
tidak boleh menafikan adanya malaikat semata-mata kerana ia tidak dapat dilihat
atau dikaji oleh akal manusia. Beriman kepada malaikat adalah termasuk di dalam
beriman kepada perkara-perkara ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan oleh
pancaindera. Hakikatnya amat sukar difahami oleh akal fikiran manusia.
Perkhabaran tentang malaikat dan perkara-perkara ghaibini diketahui melalui
al-Quran dan al-Hadis. Yakin dan beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti
syurga, neraka, roh merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang bertaqwa
kepada Allah swt. Di antara dalil berkenaan dengan malaikat adalah seperti
berikut:
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan tidaklah ada yang
mengetahui siapa tentera Tuhan itu melaikan Dia".
(al-Mudasir : 31)
(al-Mudasir : 31)
|
وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً
وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ
الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا
يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا
كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء وَمَا يَعْلَمُ
جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ
|
Firman Allah swt lagi yang
bermaksud:
"Dan mereka mengerjakan apa
yang diperintahkan".
(al-Nahlu : 50)
(al-Nahlu : 50)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Dijadikan malaikat daripada
cahaya dan dijadikan jin daripada percikan api".
(Riwayat Muslim)
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Miraj yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (menerima dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya lima puluh ribu tahun". (al-Ma"rij : 4)
"Miraj yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (menerima dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya lima puluh ribu tahun". (al-Ma"rij : 4)
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah swt
yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan maalaikat utusan-utusan yang
brsayap dua, tiga dan empat". (al-Fath : 1)
Dalam perkembangan kepercayaan
manusia terhadap perkara ghaib sejak zaman purbakala telah ada kepercayaan
kepada dewa-dewa. Orang Greek di zaman purba mempercayai adanya dewa-dewa.
Demikian juga orang Tionghoa dan Mesir. Kadang-kadang kepercayaan kepada
dewa-dewa ini dihubungkaitkan dengan bintang-bintang. Contohnya orang Greek
(Yunani) mempercayai bintang Mars adalah dewa peperangan. Demikian juga ada
yang mempercayai bahawa malaikat itu adalah anak perempuan Tuhan.
Setelah fahaman
"ketauhidan" menjadi jelas di dalam Islam, maka tegaklah kepercayaan
bahawa persembahan dan pemujaan hanyalah kepada Allah semata-mata.
Malaikat-malaikat bukanlah Tuhan dan tiada kuasa. Ia tidak dapat memakbulkan
permohonan makhluk. Kita tidak perlu takut kepada malaikat kerana ia tidak
dapat berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah swt. Demikianlah halusnya
pokok kepercayaan dalam Islam sehingga memuja malaikat adalah termasuk dalam
perbuatan syirik yang membatalkan akidah seseorang.
Menurut athar Said bin al-Musayyib
bahawa malaikat itu bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka tidak makan atau
minum dan tidak tidur. Bilangan malaikat amatlah ramai. Tidak diketahui jumlahnya
melainkan Allah swt. Setiap orang wajib beriman kepada malaikat secara ijmal
kecuaili sepuluh malaikat sahaja diwajibkan kita beriman secara tafsil
sebagaimana berikut:
Jibril
Malaikat pertama yang dianggap
sebagai penghulu sekelian malaikat. Dia juga bernama Namus, Ruh al-Amin (roh
yang diberi keperrcayaan) dan Ruh al-Qudus (roh yang suci). Tugasnya yang utama
ialah menerima perintah Allah swt untuk disampaikan kepada para Nabi dan Rasul.
Oleh kerana ruh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul itu telah mendapat latihan yang cukup
dan istimewa sehingga memudahkan hubungannya dengan alam ghaib. Maka dapatlah
mereka melihat dan berhubung nyata dengan Malaikat Jibril itu. Nabi Muhammad
saw pertama kali berjumpa dengan Jibril ialah semasa menerima wahyu pertama di
gua Hira" di atas bukit Nur. Datang berupa seorang lelaki berpakaian serba
putih. Demikian juga semasa Isra dan Mi"raj Nabi saw ditemani oleh Jibril
alaihissalam.
Jibril pernah merupakan dirinya
sebagai seorang sahabat Nabi saw yang muda dan pantas sikapnya iaitu Dahiyah
al-Kalbi. Menurut hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Saidina Omar
al-Khatab menyatakan bahawa Jibril merupa seorang lelaki datang ke majlis
Rasulullah saw mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan Iman, Islam dan Ihsan.
Semua sahabat Rasulullah saw yang hadir melihatnya.
Di waktu Rasulullah saw
menghembuskan nafasnya yang penghabisan Jibril turut hadir di sisi Baginda saw.
Sebab Rasulullah saw berkata "Jibril ! Jibril ! Dekatlah kepadaku".
(Hamka, 1988).
Kitab-kitab suci dan suuf yang
diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu Taurat, Zabur, Injil dan
al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril as.
Mikail
Malaikat Mikail tugasnya mengurus
hal ehwal penghidupan. Mengatur rezki, hujan dan sebagainya. Mengatus
perjalanan matahari, bumi, bulan dan cakrawala ini. Peredaran matahari dan
bintang menyebabkan berlakunya siang dan malam. Ia menjaga perjalanan alam ini
sehingga segala sesuatu itu berjalan dengan lancar di dalam peraturan yang
ditentukan. Yang berat turun ke bawah, yang ringan terapung ke atas dan tenaga
tarik menarik yang ada semuanya dalam lingkungan tugas Mikail.
Izrail
Izrail terkenal denganpanggilan
"Malaikat Maut". Bertugas mencabut nyawa segala makhluk yang bernyawa
di alam ini apabila tiba masanya. Izrail tidak akan datang kalau kita belum
"dipanggil". Walaupun di kiri kanan kita bergelimpangan mayat-mayat,
kita tidak akan mati kalau belum tiba giliran. Dan kalau tiba giliran ke mana
kita menyembunyikan diri Izrail tetap menunggu kita. Walaupun kita berada dalam
perti besai yang kukuh sekalipun.
Kita tidak tahu bila Izrail akan
datang kepada kita. Kita juga tidak boleh cemas kerana dia pasti datang.
Kecemasan boleh dihilangkan dengan memenuhi hidup kita melakukan kebajikan dan
meninggalkan kemungkaran.
Tugasnya meniup sangkakala (Shur).
Tiupan pertama memusnahkan seluruh alam ini melainkan perkara-perkara yang
tidak diizinkan Allah swt musnah.
Kesan Akidah Islam
Akidah Islam akan melahirkan
seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang unggul yang akhirnya
akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang
atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat
kita gariskan seperti berikut:
3.7.1 Akidah Islam melahirkan
seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan
seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari
keredhaan Allh swt.
3.7.2 Akidah Islam melahirkan Insan
Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan
segala jenayah dan kemungkaran.
509 3.7.3 Akidah Islam melahirkan
Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.
Mengikis sifat-sifat yang buruk dan
melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan
segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk
seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa
masalah sosiol dalam masyarakat.
3.7.4 Akidah akan melahirkan
seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri
untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari
keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat.
3.7.5 Akidah Islam melahirkan Insan
dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah
terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia
terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman
ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak
nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan
masyarakat.
3.7.6 Akidah Islam yang teguh mampu
membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah
membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak
dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat
darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai
pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
3.7.7 Akidah Islam membentuk manusia
berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini
akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.
3.7.8 Akidah Islam akan melahirkan
manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan
memberi ketenangan yang luar biasa.
3.7.9 Akidah Islam akhirnya
melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan
nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan
akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat
sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke
seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa
dan lubuk hati mereka.
Akidah Islam yang ada dalam hati
umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat
mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para
Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka
amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat
Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang
sebenar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar